KELANTAN memerlukan dana sebanyak RM6 juta bagi menggerakkan pasukan itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2019. Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, buat masa ini pihaknya sedang melakukan rundingan dengan beberapa syarikat bagi memenuhi tuntutan perbelanjaan keseluruhan pasukan. Menurutnya, KAFA mengalu-alukan mana-mana syarikat yang berminat untuk bersama badan induk itu bagi melonjakkan semula nama Kelantan dalam kancah Liga Premier musim depan. “Sekiranya…










