Kejohanan Muay Thai MB Perak 3 Nov. - Utusan Malaysia

Kejohanan Muay Thai MB Perak 3 Nov.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 17 Okt. – Kejohanan Muay Thai antarabangsa bagi merebut Tali Pinggang Kejuaraan Menteri Besar Perak bakal diadakan pada 3 November ini.

Pengerusi Kelab Jubli Tomoi, Nooerman Shamsuddin berkata, kejohanan tersebut akan diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak bermula pukul 8 malam.

“Kejohanan ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu.

“Kita juga amat berbesar hati kerana Menteri Besar turut menjadi penaung kejohanan,” katanya kepada pemberita, di sini baru-baru ini.

Beliau berharap kejohanan Muay Thai yang julung-julung kali dianjurkan pihaknya akan mendapat sambutan daripada seluruh peminat sukan lasak itu dari seluruh negara.

Menurutnya, impak dibawa oleh Ultimate Fighting Championship (UFC) yang menampilkan pertembungan Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor baru-baru ini diharap menarik ribuan penonton ke kejohanan itu nanti.

“Bagi menjadikan kejohanan tersebut lebih meriah, kita turut menjemput artis muda berbakat, Syafiq Farhain untuk menghiburkan penonton yang hadir,” katanya.

Beliau menambah, selain peserta daripada Kelab Jubli Tomoi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), negara-negara luar seperti Thailand, Kemboja, Taiwan, Great Britain, Perancis dan Jepun turut bersaing dengan jaguh tempatan bagi merebut tali pinggang dalam pelbagai kategori.

Orang ramai yang ingin membuat tempahan tiket boleh hubungi Shuhairul Fahmi di talian 018-2213022, Nooerman 012-4413332 atau Saiful Hanif 014-9499678. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN