Kehadiran Ellie Suriaty tarik perhatian - Utusan Malaysia

Kehadiran Ellie Suriaty tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 18 Okt.- Kemunculan pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty mencuri perhatian program solidariti Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini malam ini.

Beliau sempat menyampaikan ucapan di hadapan 200 penyokong Ahmad Zahid yang berkumpul sejak 8.30 malam.

Selain Ellie Suriaty, isteri Presiden UMNO, Datin Seri Hamidah Khamis juga menyampaian ucapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain mereka, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam dan beberapa pemimpin UMNO turut berbuat demikian.

Selain itu, anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah juga diberi peluang menyampaikan pidato sambil melaungkan perkataan ‘Hipokrasi’.

Pada majlis itu, bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut merupakan rakan baik kepada Ahmad Zahid, Datuk Aidid Ghazali membaca doa untuk kesejahteraan negara dan keselamatan Ahmad Zahid. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini