Kedah isytihar 22 Oktober cuti peristiwa sempena pertabalan Sultan - Utusan Malaysia

Kedah isytihar 22 Oktober cuti peristiwa sempena pertabalan Sultan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Kedah mengisytiharkan 22 Okt ini sebagai cuti peristiwa bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke-29, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang berlangsung di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, cuti tersebut tidak tertakluk kepada calon Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan menduduki peperiksaan itu pada hari sama, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Istiadat Pertabalan Sultan Kedah ke-29 Sultan Sallehuddin ini disifatkan sebagai peristiwa bersejarah memandangkan kali terakhir diadakan 59 tahun lalu iaitu ketika Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ditabalkan sebagai Sultan Kedah ke-28.

Sebanyak lima acara utama disusun bersempena istiadat itu bermula 20 September lalu dengan Istiadat Meletak Kerja di Balai Besar, Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar (5 Oktober), Istiadat Siram Tabal di Istana Anak Bukit (14 Oktober), Istiadat Perbarisan dan Perarakan di Dataran Balai Besar (20 Oktober) dan kemuncaknya Istiadat Pertabalan di Istana Anak Bukit pada 22 Oktober. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini