KUALA LUMPUR 8 Okt. – Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sahaja tidak akan diukur sebagai kejayaan ekonomi negara sebaliknya perlu menggambarkan manfaat yang diperoleh rakyat. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara itu dimuktamadkan ketika Mesyuarat Menteri-menteri Kawasan Pertumbuham Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand ke-24 yang dipengerusikannya minggu lalu. Katanya, ini kerana pertumbuhan ekonomi sebenar harus bergerak seiring dengan mencerminkan kuasa beli rakyat. “Ini perlu ditangani secara…










