Kastam rampas 11.5 juta batang rokok seludup - Utusan Malaysia

Kastam rampas 11.5 juta batang rokok seludup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT 18 Okt. – Sebanyak 11.5 juta batang rokok seludup berjaya dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Pengarah JKDM negeri, Datuk Mohd. Nasir Yusoff berkata, rampasan tersebut membabitkan nilai dan cukai berjumlah RM9.02 juta.

Menurutnya, rampasan itu mempertihatkan kesungguhan pihaknya dalam membanteras penyeludupan rokok haram daripada menyelinap masuk ke negeri ini.

“Untuk makluman dalam masa terdekat, kita akan menggempur seluruh kedai-kedai runcit dalam usaha membanteras penjualan rokok seludup di negeri ini.

“Pemeriksaan ke seluruh kedai-kedai runcit itu merupakan langkah terbaik dalam membanteras penjualan rokok-rokok tidak lulus Kastam ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nasir memberitahu, JKDM juga akan bekerjsama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menarik balik lesen-lesen peniaga yang didapati bersalah menjual rokok seludup ini.

Katanya, kenaikkan harga rokok sah hujung bulan ini menyebabkan permintaan rokok seludup di pasaran meningkat.

“Kita mengambil serius perkara ini kerana menyebabkan kerajaan kehilangan kutipan cukai yang amat banyak sekaligus boleh memberikan kesan pada negara,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN