SENTUHAN tangan yang halus membuktikan Naufal Abshar bukan calang-calang pengkarya, sebaliknya mempunyai bakat daya kreativiti luar biasa. Sebanyak tiga karya yang dipamerkan mengangkat tema yang berbeza-beza seperti sosial, impian dan kerjaya itu menarik para pengunjung yang lalu lalang di lokasi tersebut. Ternyata, pameran Seni Antarabangsa Ke-12 yang dianjurkan oleh Ekspo Seni Malaysia (AEM) baru-baru ini menjadi medan buat pertama kali anak muda dari Indonesia itu mempamerkan karyanya di Malaysia. Karya-karya yang dibawa oleh Naufal itu mudah difahami pengunjung walaupun baru pertama kali melihatnya. Bekas graduan Universiti Goldsmith, London itu berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya