LONDON 23 Okt. – Sebuah bangkai kapal layar tertua di dunia telah ditemukan terdampar di dasar Laut Hitam.
Lapor Metro UK, karbon kapal terbabit menunjukkan ia berusia lebih 2,500 tahun dan dipercayai merupakan kapal perdagangan Greece.
Kapal tersebut dijumpai pada akhir tahun lalu sebagai sebahagian daripada Projek Arkeologi Maritim Laut Hitam.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, kapal berkenaan dijumpai selepas pencarian menggunakan teknologi paling canggih dilancarkan.
Menurut salah seorang peserta dalam ekspedisi itu, Dr. Kroum Batchvarov, “struktur kapal lengkap dengan tiang yang masih kukuh berdiri dan alat kemudi berada pada tempatnya.
“Ini adalah penemuan yang menakjubkan dan pertama kali yang seumpamanya,” kata beliau.











