Kanak-kanak Rohingya dijual di Bangladesh - Utusan Malaysia

Kanak-kanak Rohingya dijual di Bangladesh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH 17 Okt. – Kanak-kanak perempu­an pelarian Rohingya dijual menjadi buruh paksa de­ngan tujuan mendapatkan wang bagi menyara keluarga mereka yang terdesak di kem-kem pe­la­ri­an yang penuh sesak di Bangladesh, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (PBB).

Pertubuhan Antarabangsa un­­­tuk Migrasi (IOM) berkata, me­reka mengenal pasti sebanyak 99 kes penyeludupan manusia bermula September 2017 walaupun memberi amaran ang­ka sebenar mungkin jauh lebih ting­gi.

IOM dalam laporannya ming­gu ini berkata, daripada kesemua mangsa, 35 orang daripada mereka adalah kanak-kanak pe­rempuan manakala 31 lagi wa­ni­ta.

Menurutnya, sebanyak 31 ka­nak-kanak perempuan itu ak­hir­nya terpak­sa menjadi buruh paksa seperti ma­na 26 orang wa­nita lain.

“Cerita-cerita yang kerap ka­mi dengar adalah betapa wa­nita itu mudah terdedah kepada janji palsu penyeludup manusia yang menjanjikan kerja dan kehidupan lebih baik walaupun sebahagian daripada pelarian tidak se­dar akan risiko yang bakal dihadapi mereka.

“Pelarian lain mungkin sedar bahaya yang dihadapi, namun me­rasakan keadaan mereka amat terdesak bahawa mereka perlu melakukan tindakan ek­­st­rim, mungkin mengorbankan seorang anggota keluarga untuk kebaikan seluruh keluarga mereka,” kata jurucakap IOM, Dina Parmer.

Baki mangsa penyeludupan manusia yang dipaksa menjadi buruh paksa melibatkan 25 lelaki dewasa dan lapan budak lelaki.

Nasib sebanyak lima wanita dan empat budak perempuan berkesudahan dengan mereka menjadi eksploitasi seksual.

Sementara itu, Pertubuhan kebajikan Bangladesh, Young Power in Social Action (YPSA) mengadakan program kesedaran dalam kalangan pelarian Rohingya akan bahaya penyeludupan manusia di samping mengumpul maklumat daripada pemimpin masyarakat Rohingya serta pertubuhan antarabangsa.

“Lebih 1,000 orang pelarian dikenal pasti menjadi mangsa penyeludupan manusia,” kata jurucakap YPSA, Jishu Barua.

Lebih 900,000 Rohingya tinggal di daerah Cox’s Bazar, Bangladesh dengan kebanyakan mereka menetap di kem-kem pe­larian. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN