AUSTIN 22 Okt. – Lewis Hamilton berkata, Mercedes menjadikan perlumbaan lebih sukar selepas terlalu berhati-hati ketika menyusun strategi pada Grand Prix Formula Satu (F1) Amerika Syarikat, hari ini. Pemandu Britain, 33, yang menamatkan saingan di kedudukan ketiga dan terlepas peluang merangkul gelaran dunia kelima berkata kepada pemberita, dia terkejut apabila diarah melakukan hentian pit lebih awal bagi memanfaatkan kesempatan terhadap campur tangan Virtual Safety Car sewaktu pusingan ke-11. “Ia agak…










