Kak Long tenangkan penyokong bapa - Utusan Malaysia

Kak Long tenangkan penyokong bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Anak sulung Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid menenangkan penyokong bapanya di luar pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Beliau yang turun selepas prosiding terhadap bapanya selesai terpaksa merayu kepada lebih 100 penyokong berbaju merah yang bertindak agresif cuba merempuh pasukan Light Strike Force yang ditugaskan untuk mengawal pintu masuk ke bangunan tersebut.

Kak Long jumpa penyokong
NURUL Hidayah Ahmad Zahid menenangkan penyokong bapanya di luar pagar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE

“Bapa saya akan keluar sebentar lagi untuk bertemu dengan semua penyokong, jadi saya harap semua dapat bersabar kerana itu adalah sifat UMNO sejak dulu.

“Jangan biarkan ‘anjing-anjing’ yang dihantar untuk membuat provokasi mempengaruhi kita bertindak ganas… sabar,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong bapanya, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN