KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin hari ini menyangkal kajian semula sistem kuota perumahan bumiputera bertujuan menghapuskan sistem itu. Sebaliknya kata beliau, kajian semula itu melibatkan kajian keseluruhan kuota bagi penjualan hartanah bumiputera dan tidak tertakluk kepada perumahan mampu milik semata-mata dengan tujuan antaranya menangani lambakan rumah dan hartanah berstatus kuota bumiputera yang tidak terjual. Katanya, jumlah unit berstatus bumiputera yang tidak terjual di setiap negeri mencecah ratusan hingga ribuan unit dan masalah itu memerlukan penyelesaian pada kadar segera. “Perkara ini bukanlah satu perkara yang baharu,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya