Kajian mansuh hukuman mati di peringkat akhir - Vui Keong - Utusan Malaysia

Kajian mansuh hukuman mati di peringkat akhir – Vui Keong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dalam peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Menurut beliau kajian tersebut dilaksanakan oleh pihak Peguam Negara berikutan keputusan kerajaan berhasrat untuk memansuhkan hukuman mati mandatori yang dibuat bagi mengikut Standard Antarabangsa berkaitan Hak Asasi Manusia.

“Kajian hukuman mati mandatori ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat kita akan bentang Rang Undang-Undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Malam Mesra Integrasi Sosial Bersama Komuniti di Kampung Karamunting di sini malam tadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Program itu anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sandakan dibawah Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah AADK dengan kerjasama Rukun Tetangga Kampung Karamunting.

Vui Keong yang juga Menteri berkaitan undang-undang berkata, pelaksanaan hukuman mati mandatori di negara ini membabitkan kesalahan dadah, membunuh dan berkaitan pengganas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini