KUANTAN – Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) merekodkan peningkatan yang baik dalam prestasi pembayaran balik pembiayaan daripada 1,308 usahawan sehingga bulan September lalu. Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Azhar Ahmad berkata, berdasarkan prestasi tersebut, pihaknya mengunjurkan kadar tersebut menurun kepada tiga peratus menjelang hujung tahun ini. Menurutnya, sasaran asal bagi penurunan akuan pinjaman tidak berbayar (NPL) pada tahun ini ialah sebanyak enam peratus. Bagaimanapun pihaknya mendapati bahawa terdapat kesunguhan dalam…










