Kabinet bincang isu MRT2, MMC Gamuda - Utusan Malaysia

Kabinet bincang isu MRT2, MMC Gamuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Mesyuarat Kabinet akan datang bakal membincangkan tentang kerja-kerja bawah tanah projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2) dan penamatan kontrak MMC-Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MMC Gamuda).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, berikutan itu, beliau tidak boleh memberi sebarang komen atau perkembangan terkini berhubung perkara tersebut.

Jelasnya, hal-hal berkaitan penamatan kontrak syarikat berkenaan adalah keputusan daripada Jemaah Menteri.

“Ia adalah keputusan yang dibuat oleh Kabinet. Jika terdapat mana-mana perubahan, ia mestilah diputuskan oleh Kabinet.

“Saya akan ulas perkara ini selepas mesyuarat Kabinet akan datang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN