JPP PKR belum terima aduan politik wang - Utusan Malaysia

JPP PKR belum terima aduan politik wang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Setakat ini Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR masih belum menerima sebarang aduan berhubung dakwaan wujud unsur politik wang dalam pemilihan parti tersebut.

Pengerusi JPP, Datuk Rashid Din berkata, ekoran daripada itu, pihaknya tidak boleh mengambil sebarang tindakan lanjut berkaitan perkara berkenaan.

Ujarnya, JPP PKR tidak boleh mengambil tindakan hanya berdasarkan kepada sumber ceramah sahaja.

“Setakat ini kita belum terima apa-apa aduan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa ahli parti itu ditawarkan wang tunai RM100 bagi setiap undi untuk calon tertentu dalam pemilihan PKR.

Calon Timbalan Presiden PKR itu berkata, perbuatan itu didakwa berlaku dalam pemilihan yang telah diadakan di enam negeri sejak 20 September lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN