ALOR SETAR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah membuka bidaan nombor pendaftaran kenderaan siri KEQ 1 hingga 9999 kepada orang ramai secara tawaran bermula hari ini hingga 15 Oktober ini. Pengarah JPJ negeri, Ismasuhaimi Shariff berkata, nombor yang dijangka memperoleh bidaan tertinggi adalah KEQ 1 yang dianggarkan melebihi RM150,000. “Selain itu, nombor pendaftaran yang dijangka mendapat sambutan adalah KEQ 7 yang mana ia kelihatan seperti jenama kenderaan Audi Q7,” katanya…










