ALOR SETAR 12 Okt. – Jawatan Menteri Besar kembali panas apabila tular di media sosial sejak semalam mengatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Datuk Johari Abdul akan dilantik menerajui pentadbiran negeri ini menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Malah khabar angin itu turut mengatakan bahawa Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani sudah menghadap Sultan Kedah bagi mendapatkan restu baginda. Namun empunya badan hari ini tampil menafikan khabar tersebut.…










