JHL tembak seekor buaya di perairan laut Karamunting - Utusan Malaysia

JHL tembak seekor buaya di perairan laut Karamunting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak seekor buaya yang dikesan di perairan laut Karamunting berhampiran Kampung Tanjung Batu dekat sini semalam.

Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussein Muin berkata, tindakan menembak buaya itu diambil atas faktor keselamatan orang awam selepas pihaknya menerima aduan kehadiran buaya di kawasan berkenaan.

Katanya, anggota jabatan itu melepaskan dua das tembakan yang mengenai buaya itu pada pukul 1 tengah hari dan 1.30 tengah hari dan dipercayai haiwan itu mati.

Usaha untuk mengesan buaya itu gagal selepas ia terus tenggelam setelah ditembak kali kedua   kerana arus deras dan kawasan perairan laut adalah dalam, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, jabatan itu telah melaksanakan operasi mengesan buaya di kawasan perairan itu sejak Isnin lepas dan hanya semalam kehadiran seekor buaya dikesan selepas dimaklumkan oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Hussein berkata, operasi mengesan buaya di kawasan perairan itu disambung hari ini dan penduduk kampung diminta memaklumkan segera kepada pihaknya sekiranya melihat buaya timbul. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN