Jenazah Wan Amizan dibawa pulang dari Sri Lanka hari ini - Utusan Malaysia

Jenazah Wan Amizan dibawa pulang dari Sri Lanka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Seri Wan Amizan Wan Abdul Razak akan dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Nazri Ngah berkata, jenazah Allahyarham Wan Amizan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.05 petang ini.

“Jenazahnya akan dibawa ke kampung halamannya di Felda Jengka 12, Maran untuk dikebumikan,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, UMNO Bahagian Jerantut akan membantu keluarganya untuk urusan membawa pulang jenazah.

Wan Amizan meninggal dunia di Colombo, Sri Lanka ketika menerima rawatan penyakit buah pinggang di sana petang semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini