Jenazah ibu timbalan menteri besar dikebumi - Utusan Malaysia

Jenazah ibu timbalan menteri besar dikebumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 7 Okt. – Bonda kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah iaitu Tengku Chik Tengku Ibrahim, 81, selamat dikebumikan pada pukul 2.15 petang di Tanah Perkuburan Masjid Al-Amani, Pondok Tok Ayah Kedah, Kampung Panchor di sini hari ini.


Mohd Amar yang merupakan anak sulung arwah dari 12 beradik berkata, bondanya dirawat di HUSM selama kira-kira sebulan kerana masalah paru-paru berair.


“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir menziarahi arwah sama ada di hospital mahupun di rumah.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mohon doakan keampunan untuk ‘chek’ dan jika arwah ada berhutang dengan sesiapa harap berjumpa dengan saya,” katanya di sini hari ini.


Antara yang hadir adalah Menteri Besar, Datok Ahmad Yakob dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan.


Terdahulu, solat jenazah yang ditunaikan lebih 700 jemaah telah diimamkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.


Allahyarham Tengku Chik yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Mak Ku’ dalam kalangan masyarakat merupakan cucu kepada Raja Dewa (Tengku Long Zainal Abidin) dan cicit kepada Sultan Muhammad III. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini