Jenazah Hassan selamat disemadi - Utusan Malaysia

Jenazah Hassan selamat disemadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pemergian Allah­yarham Tan Sri Hassan Azhari sebagai satu kehilangan besar buat baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah, Allah­yarham Hassan, 90, pernah menjadi guru agama baginda dan amat rapat dengan Almarhum ayahanda dan nenda baginda.

Titah baginda lagi, Allahyarham juga se­ring mengiringinya dan kerabat ke Mekah bagi menunaikan haji dan umrah di sam­ping kerap menyampaikan ceramah serta mengajar ilmu-ilmu agama di Istana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor ingin mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham yang telah kembali ke Rahmatullah.

“Beta amat sedih kerana pemergian ­Allahyarham adalah satu kehilangan besar buat Beta. Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama para soihin,” titah baginda dalam kenyataan di laman sosial Facebook rasmi Selangor Royal Office semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini