SHAH ALAM – Jemaah menteri tidak dibenarkan membawa pasangan mereka sekiranya melakukan lawatan kerja kurang daripada tujuh hari berkuat kuasa serta-merta. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini. Katanya, ini berikutan lawatan tersebut adalah bersifat kerja dan tidak perlu melibatkan keluarga khususnya isteri. “Antara garis panduan yang ditetapkan adalah sekiranya lawatan…










