KUALA LUMPUR 4 Okt. – Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) melancarkan kempen Jelajah Komuniti PIDM di wilayah utara iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perak bertujuan meningkatkan pemahaman orang ramai tentang fungsi dan peranan perbadanan itu. Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah berkata, pemahaman yang lebih mendalam akan dapat membantu melindungi hak pengguna kewangan dan meningkatkan keyakinan mereka terhadap sistem kewangan. Katanya, kempen itu akan memfokuskan kepada kepentingan menabung terutamanya…










