SOCHI – Pemandu Formula Satu (F1) Mercedes, Lewis Hamilton seakan-akan tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diraihnya pada perlumbaan Grand Prix (GP) Rusia di Litar Antarabangsa Sochi malam kelmarin. Pada perlumbaan tersebut, Hamilton yang memulakan saingan di petak kedua meraih kemenangan selepas rakan sepasukannya, Valtteri Bottas memberi laluan kepadanya untuk memimpin perlumbaan tersebut. Bagaimanapun, Hamilton menegaskan, dia tidak pernah mengarahkan Mercedes untuk memberi laluan kepadanya mengambil alih posisi Bottas, sekali…










