PARA pemain perseorangan lelaki muda negara perlu bersedia sepenuhnya untuk mengambil alih tanggungjawab besar sekiranya jaguh badminton kebangsaan, Datuk Lee Chong Wei mengambil keputusan untuk menggantung raket. Kenyataan itu disuarakan oleh juara baharu Terbuka Taiwan, Lee Zii Jia yang berharap pemain-pemain perseorangan lelaki perlu bersama-sama memikul tugas berkenaan apabila Chong Wei bersara kelak. Katanya, kekosongan yang bakal ditinggalkan bekas pemain No. 1 dunia itu bukan sesuatu yang mudah, justeru ia…










