KOTA BHARU – Ibu bapa tidak patut malu membawa anak mereka menjalani ujian saringan kesihatan mental di klinik dan hospital demi mengelak keadaan lebih buruk seperti kes bunuh diri pada masa hadapan. Ketua Jabatan Psikiatri, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Asrenee Ab. Razak berkata, perubahan tingkah laku pada anak-anak adalah sebahagian tanda gangguan kesihatan mental dan ibu bapa seharusnya tidak boleh…










