IPOH 7 Okt. – Menambah baik prosedur serbuan oleh penguatkuasa agensi agama merupakan langkah terbaik dalam mencegahan kemungkaran, kata Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim. Menurutnya, langkah itu amat dialu-alukan daripada membiarkan maksiat terus berlaku yang merupakan satu kecuaian dari pihak yang diberi tanggungjawab. Beliau berkata, dalam masa sama kuasa sultan sebagai ketua agama negeri perlu dihormati. “Dr. Mujahid (Yusof) seharusnya menghormati Sultan sebagai ketua agama negeri kerana urusan penguatkuasaan undang-undang…










