KOTA KINABALU 11 Okt. – Pemuda UMNO Sabah mengingatkan kerajaan negeri mengenai ancaman penculikan yang masih wujud di pantai timur Sabah, justeru langkah membuka kembali perdagangan sistem barter memerlukan pertimbangan yang sewajarnya terlebih dahulu. Ketuanya, Ir. Abdul Aziz Julkarnain berkata, kejadian penculikan pada September lalu perlu dijadikan iktibar kerana mendedahkan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti perdagangan membabitkan Malaysia, Filipina dan Indonesia itu kepada jenayah rentas sempadan. Katanya, lebih membimbangkan ialah jika berlaku penculikan disebabkan peningkatan jumlah kapal yang berdagang, industri pelancongan negeri akan turut terjejas dan amat merugikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya