SHAH ALAM 18 Okt. – UMNO Selangor mendesak Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang sedang disiasat dan hampir pasti didakwa dibicarakan dengan seadil-adilnya oleh mahkamah tanpa sebarang tekanan mahupun campur tangan politik.
Pengerusi Badan Perhubungannya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada masa yang sama berkata, UMNO Selangor turut berdiri teguh bersama-sama Ahmad Zahid dan menyokong penuh Presiden UMNO tersebut.
“Kami juga berdoa kepada Allah agar mengurniakan kesabaran dan ketabahan kepada Ahmad Zahid dalam melalui saat-saat yang menggetirkan ini.
“Sehubungan itu , saya menyeru seluruh rakyat, penyokong dan ahli UMNO khususnya UMNO Selangor berdiri teguh dan mendoakan serta mengadakan solat hajat memohon pertolongan Allah samaada secara berjemaah atau persendirian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE










