GUA MUSANG 5 Okt. – Jambatan Sementara Pulau Setelu yang menghubungkan jalan Gua Musang – Jeli ditutup kepada semua kenderaan selepas ditenggelami air Sungai Nenggiri akibat hujan di kawasan pedalaman sejak awal pagi tadi. Seorang pengguna jalan raya, Nor Ashima Ramli, 26, berkata, pengguna perlu berhati-hati dan tidak melalui jambatan tersebut. Katanya, air mungkin akan semakin meningkat dan terdapat sisa kayu turut melekat pada jambatan. “Urusan penduduk di 10 buah…










