GUA MUSANG – Jambatan sementara Pulau Setelu yang menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli ditutup kepada semua kenderaan selepas jambatan itu ditenggelami air Sungai Nenggiri akibat hujan lebat di kawasan pedalaman. Jambatan sementara itu mulai dinaiki air pada pukul 9 pagi ini apabila berlaku hujan berterusan di kawasan hulu sejak awal pagi tadi. Seorang pengguna jalan raya, Nor Ashima Ramli, 26, berkata, pengguna perlu berhati-hati dan tidak melalui jambatan tersebut kerana air…










