ZHUHAI, China 23 Okt. – Jambatan merentasi laut paling panjang di dunia yang menghubungkan Hong Kong dan Macau dengan tanah besar China dilancarkan hari ini, ketika Beijing terus mengukuhkan kuasanya terhadap kedua-dua wilayah separa autonomi tersebut. Presiden China, Xi Jinping merasmikan upcara pembukaan jambatan tersebut di bandar Zhuhai pagi ini. Jambatan sepanjang 55 kilometer itu turut dilengkapi dengan terowong bawah laut yang menghubungkan pulau Lantau di Hong Kong ke Zhuhai…










