Jambatan bengkok diteruskan - Utusan Malaysia

Jambatan bengkok diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan berkemungkinan meneruskan semula projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura yang pernah diilhamkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum beliau meletakkan jawatannya pada tahun 2003.

Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, projek jambatan bengkok yang dikehendaki Dr. Mahathir namun ditolak oleh dua Perdana Menteri sebelum ini kini dalam proses perancangan semula. 
“Sekarang beliau jadi PM (Perdana Menteri) semula, pada mesyuarat Lembaga Pembangunan Wilayah Iskandar di Johor Bahru bulan lalu beliau tanya sama ada Johor masih mahu jambatan bengkok itu.

“Saya kata terpulang Tun (Dr. Mahathir, ini idea Tun. Jika Tun mahu (jambatan) ini diteruskan saya hanya ikut. Ia mempunyai banyak kebaikan,” kata Osman kepada pemberita di lobi Parlimen di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN