Jambatan bengkok bukan keutamaan - Utusan Malaysia

Jambatan bengkok bukan keutamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Hal Eh­wal Ekonomi perlu meneliti kertas kerja cada­ngan me­neruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok sebelum sebarang keputusan mengenainya dibuat.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal ini kerana pada ketika ini kerajaan memberi keutamaan kepada projek-projek infrastruktur yang memberi manfaat terus kepada rakyat.

MOHAMED AZMIN
MOHAMED AZMIN 

“Kedudukan fiskal (kewa­ngan) kita tidak begitu baik ketika ini dan kita perlu memberi keutamaan kepada projek infrastruktur.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja kami terima kertas kerja, kementerian akan melihat cadangan tersebut sama ada kita mempunyai keupayaan untuk meneruskannya atau mungkin ditunda pada masa yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri taklimat tertutup Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Muar menyokong cadangan meneruskan semula projek pembinaan jambatan bengkok itu.

“Saya teruja untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini