Jakim jadi kementerian? - Utusan Malaysia

Jakim jadi kementerian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Cadangan untuk menjadikan Jabatan Kemajuan Islam  Malaysia (Jakim) sebagai sebuah kementerian memerlukan kajian yang mendalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, ia perlu dilakukan bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek diperlukan selari de­ngan pembaharuan yang sedang dan akan dijalankan kerajaan serta tidak mengetepikan bidang kuasa negeri.

MUJAHID YUSOF
MUJAHID YUSOF 

“Saya rakamkan ucapan teri­ma kasih kepada Kuala Krau (BN-Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said) kerana melihat peranan Jakim begitu besar.

“Namun kajian yang lebih mendalam adalah perlu bagi meneliti fungsi dan peranan Jakim dengan mengambil kira semua aspek,” katanya ketika menggulung usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 bagi Jabatan Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Mujahid ber­kata, walaupun ketika ini berperanan sebagai sebuah agensi kerajaan, Jakim telah memainkan tanggungjawab untuk menyelaraskan semua isu pentadbiran agama Islam di peringkat negeri.

“Kita pandang serius tentang Jakim dan kerajaan tidak akan membiarkan satu badan ditubuhkan untuk dipersia-siakan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN