KUALA LUMPUR 10 Okt. – Menyedari kepentingan memelihara dan memulihkan rekod kerajaan, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) menganjurkan Kursus Pemuliharaan Rekod Selepas Bencana yang berakhir hari ini. Unit Komunikasi Korporat Jakess dalam satu kenyataan memaklumkan, kursus dua hari bermula 8 Oktober itu turut mendapat bimbingan Zamzurizaid Yazed selaku fasilitator daripada Arkib Negara Malaysia. Kata kenyataan itu, tujuan lain kursus berkenaan adalah bagi memberi kefahaman tentang keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan rekod-rekod…










