Jadikan permohonan maaf sebagai pengajaran - Utusan Malaysia

Jadikan permohonan maaf sebagai pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Permohonan maaf yang dibuat secara terbuka Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam sesi persidangan Dewan Rakyat hari ini perlu menjadi pengajaran kepada ahli-ahli Parlimen lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, itu juga sebagai langkah menjadikan Parlimen sebagai institusi yang bertaraf dunia dan menggalakkan ahli-ahlinya bersikap profesional.

“Permohonan maaf itu adalah jaminan daripada Bung Moktar untuk tidak mengulangi perbuatan yang sama pada masa akan datang selain mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya menunjukan sikap dan contoh yang baik.

“Dalam hal ini, kena ingat kelakuan ahli-ahli Parlimen sentiasa diperhatikan rakyat. Rakyat menjadi hakim kepada prestasi mereka kerana mereka melihat kelakuan mereka di Parlimen,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memberi kebenaran untuk penangguhan supaya Bung Moktar meminta maaf secara terbuka pada sidang mesyuarat kali ini.

Usul itu dibawa oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin susulan Bung Moktar pada 7 Ogos lalu telah mengeluarkan perkataan biadap dan tidak sopan semasa perbahasan Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN