GENOA, Itali 11 Okt. – Pemain tengah Ukraine, Ruslan Malinovskiy hanya mengambil masa tujuh minit untuk menafikan jaringan Federico Bernardeschi, sekali gus menyaksikan Itali sekadar seri 1-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Genoa hari ini. Rembatan rendah Bernardeschi mengatasi penjaga gol Andriy Pyatov pada minit ke-55, namun voli Malinovskiy berjaya mengikat skuad Azzurri. Jurulatih Itali, Roberto Mancini menghabiskan kebanyakan masanya bermain di Genoa dan Sampdoria dengan saingan di Stadio Luigi…










