Isu larangan merokok di Parlimen dijamin terkawal - Utusan Malaysia

Isu larangan merokok di Parlimen dijamin terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md. Yusof memberi jaminan bahawa isu larangan merokok di bangunan Parlimen adalah terkawal dan dapat ditangani.

Beliau berkata, isu berkenaan bukan merupakan satu masalah yang tidak dapat ditangani.

“Tiada apa di dunia ini yang tidak boleh diselesaikan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Advokasi Ahli Parlimen di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Yang turut hadir pada program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Vicki Treadell dan Pengerusi Westmintser Foundation United Kingdom, Hugh Bailey.

Seramai 40 ahli Parlimen serta senator hadir dalam program selama dua hari berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN