KUALA LUMPUR 17 Okt. – Kementerian Sumber Manusia akan membawa isu berkaitan gaji minimum kepada pengetahuan Kabinet dalam masa terdekat. Menterinya, M. Kula Segaran berkata, dalam mesyuarat itu nanti, Kabinet akan cuba mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang dihadapi. “Kita telah menerima memorandum yang meminta gaji minimum RM1,050 untuk Sabah dan Sarawak serta di Semenanjung dikaji semula. “Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk difahami dan memikirkan semula apakah tindakan susulan yang boleh diambil. Pandangan mereka semua akan dikaji,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Kongres Kesatuan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya