Israel lancar serangan balas, roket Palestin bedil rumah penduduk - Utusan Malaysia

Israel lancar serangan balas, roket Palestin bedil rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA 17 Okt. – Satu daripada roket yang dilancarkan pejuang Palestin dari Genting Gaza mengenai sebuah rumah di bandar terbesar selatan Israel, awal pagi ini menyaksikan tindak balas Israel menerusi serangan udara yang membunuh seorang pejuang di semenanjung Gaza.

Roket itu mengenai sebuah rumah dua tingkat di Beersheba sebelum subuh dan merosakkan rumah itu.

Tentera Israel berkata, satu lagi roket dari Gaza yang dihalakan ke pusat bandar Israel jatuh di Laut Mediterranean.

Jurucakap kesihatan Gaza, seorang lelaki Palestin berusia 25 tahun, Al-Mujahedeen terbunuh dalam serangan itu manakala lima lagi penduduk cedera dalam serangan berasingan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN