Islam tidak ajar ceroboh kediaman, privasi individu - Utusan Malaysia

Islam tidak ajar ceroboh kediaman, privasi individu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Islam tidak mengajar umatnya melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara keterlaluan hingga menceroboh kediaman dan privasi individu di tengah malam.

Perdana menteri berkata, sebaliknya Islam adalah sebuah agama yang mengutamakan dan mementingkan hak asasi manusia sejagat.

“Islam tidak suruh kita pergi cari salah orang sampai kerabat (ceroboh) rumah orang lain, itu bukan Islam,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan “Persidangan Penuaan, Pembelajaran dan Teknologi : Meningkatkan Kehidupan, Menghubungkan Komuniti” di sini, hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali dan Presiden Persatuan Media Era Ketiga Cheah Tuck Wing selaku penganjur program. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini