PUTRAJAYA 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini dipanggil sekali lagi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).
Menurut sumber, beliau tiba di sini melalui pintu belakang ibu pejabat SPRM pada pukul 10 pagi.
Kelmarin, Ahli Parlimen Pekan itu juga dipanggil membabitkan kes sama.
Sebelum ini, beliau dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes tersebut berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan. – UTUSAN ONLINE










