PUTRAJAYA 18 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi keterangan berhubung kes pembayaran hutang dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada International Petroleum Investment Co. (IPIC).
Difahamkan, proses memberi keterangan itu berlangsung selama tiga jam.
Menurut sumber, Najib selaku Ahli Parlimen Pekan tiba di sini melalui pintu belakang ibu pejabat SPRM pada pukul 10 pagi dan keluar pada pukul 1.30 petang.
Kelmarin, beliau juga dipanggil membabitkan kes sama.
Sebelum ini Najib dipanggil SPRM untuk membantu siasatan kes tersebut berikutan terdapat penemuan baharu dalam siasatan 1MDB yang masih aktif dijalankan.-UTUSAN ONLINE










