KABUL 20 Okt. – Beberapa letupan menggegarkan pusat pengundian di sekitar Kabul hari ini menyebabkan sejumlah kematian, ketika penduduk berang kerana terpaksa menunggu lama untuk membuang undi dalam pilihan raya yang sudah lama tertangguh. Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan 30 mangsa yang cedera dibawa ke sebuah hospital yang diuruskan oleh pertubuhan bukan kerajaan Itali. Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas kumpulan militan Taliban memberi amaran kepada pengundi supaya memboikot proses pembuangan undi jika mahu ‘nyawa mereka selamat’. Pegawai keselamatan Afghanistan mengesahkan berlaku kematian namun tidak menyatakan jumlah sebenar. Seorang koresponden…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya