Ini petanda tidak baik – Klopp - Utusan Malaysia

Ini petanda tidak baik – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES 4 Okt. – Jurgen Klopp me­ngakui, ia adalah petanda buruk buat Liverpool apabila penjaga gol menjadi pemain terbaik mereka ketika pasukan itu tewas 0-1 kepada Napoli dalam aksi kedua Kumpulan C, Liga Juara-Juara, hari ini.

Selepas hambar pada babak pertama, Napoli mendominasi separuh masa ke­dua, sebelum meraih tiga mata penting menerusi gol minit terakhir Lorenzo Insigne.

Trio serangan Reds – Mohamed Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane yang biasanya amat produktif gagal melakukan sebarang percubaan tepat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Klopp mengakui, pasukannya berhak kalah selepas mempamer aksi buruk di Naples, venue yang terus menghantui kelab-kelab gergasi England.

“Malam ini kami tidak cukup bagus. Biasanya, kalau anda tidak bagus, maka anda akan kalah dalam perlawanan bola sepak.

“Saya tidak pasti 100 peratus (mengapa bermain buruk) tetapi jelas, ia sa­ngat teruk. Pergerakan pertahanan tidak baik, kami tidak mencipta ruang se­perti sepatutnya dan gagal menunjukkan tindak balas betul dalam beberapa situasi.

“Kami tidak melakukan banyak percubaan, terutama pada babak kedua.

“Selalunya, ia memberi petanda buruk apabila anda terpaksa mengakui bahawa penjaga gol adalah pemain terbaik anda,” kata Klopp dalam sidang akhbar.

Bagi pengurus Napoli, Carlo Ancelotti, kemenangan ke atas naib juara musim lalu meningkatkan keyakinan pemainnya .

“Kami beraksi baik sepanjang perlawanan, tidak pernah hilang penguasaan dan sentiasa berwaspada dalam bertahan.

“Ia memberi makna besar buat Napoli berjaya menundukkan naib juara musim lalu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini