PALU, Sulawesi – Indonesia mengarahkan pekerja bantuan antarabangsa persendirian meninggalkan zon gempa bumi semalam dan meminta kumpulan asing menarik keluar petugas mereka dari kawasan bencana di Pulau Sulawesi. Indonesia secara tradisinya keberatan untuk dilihat bergantung kepada bantuan luar bagi menangani bencana alam, malah pemerintah negara itu menolak bantuan asing selepas gempa bumi menggegarkan Pulau Lombok tahun ini. Bagaimanapun, Jakarta menerima bantuan luar negara bagi menangani situasi selepas gempa bumi kuat…










