JAKARTA – Pemerintah Indonesia menolak dakwaan bahawa amaran keselamatan yang dikeluarkan tidak mencukupi selepas gempa bumi mencetuskan bencana tsunami yang mengorbankan sekurang-kurangnya 1,234 orang di Sulawesi, lapor saluran berita CNN semalam. Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 itu menggegarkan Sulawesi Jumaat lalu dan mencetuskan ombak tsunami setinggi 3 meter yang melanda pantai di barat laut pulau tersebut. Ramai penduduk terkorban kerana tidak sedar akan bahaya yang menanti mereka. Kritikan di media…










