Impian Bajet 2019 - Utusan Malaysia

Impian Bajet 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saudara Pengarang,

Seluruh rakyat kini berdebar-debar menantikan pembentangan Bajet 2019 buat kali pertamanya oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Rakyat terutama sekali yang berpendapatan rendah dan sederhana benar-benar mengharapkan kemakmuran serta kebajikan mereka dibela.

Walaupun dalam keadaan ekonomi negara menghadapi kesulitan tetapi diharapkan kebajikan rakyat diambil perhatian. Yang penting bajet itu kelak dapat mengimbangi dari segi pendapatan dengan perbelanjaan yang perlu dihadapi rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Memang rakyat kini agak terhimpit dan perlukan pembelaan sewajarnya. Bayangkan dengan harga barang mendadak meningkat serta kos sara hidup tinggi, amat simpati kepada mereka yang makan gaji sebagai penjawat awam atau bekerja disektor swasta.

Diharapkan kerajaan dapat menimbangkan kenaikan gaji mengikut peredaran semasa supaya pendapatan yang diperolehi mampu mengharungi kehidupan harian.

Bayangkan kalau gaji RM4,000 sebulan untuk sekeluarga setelah ditolak sewa rumah atau ansuran pinjaman perumahan dan dengan kos perbelanjaan anak-anak yang masih bersekolah serta membayar pusat pengasuhan kanak-kanak, pasti baki wang tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan harian. Inilah kenyataan.

SYED ABDULLAH OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini